PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak, memfailkan saman fitnah terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan penerbit, memoir bekas Peguam Negara “My Story: Justice in the Wilderness”, yang diterbitkan awal tahun ini.
Dalam saman difailkan menerusi tetuan Shafee & Co, Najib memohon jumlah ganti rugi tidak dinyatakan termasuk memohon ayat dan pernyataan yang dianggap memfitnah dikeluarkan daripada buku itu.
Najib juga mahu permohonan maaf daripada Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd, dan injuksi kekal bahawa mereka tidak lagi menerbitkan apa saja berunsur fitnah ke atas dirinya.
Peguam Farhan Muhammad Shafee, daripada Shafee & Co, ketika dihubungi FMT, mengesahkan saman difailkan hari ini.
Dalam pernyataan tuntutan yang dilihat FMT, Najib berkata buku itu diterbitkan pada 31 Jan, dan kenyataan didakwa fitnah terkandung dalam Bab 42, di bawah tajuk, “Altantuya”, pada muka surat 400 hingga 405.
Menurutnya, sejumlah besar pembaca mudah mengaitkan Najib sebagai individu dirujuk dalam tulisan berkenaan, dan dikaitkan secara secara jenayah dalam pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu.
Katanya, buku berkenaan yang turut mengandungi kenyataan dipertikaikan itu, telah diterbitkan oleh Gerakbudaya, dan diedarkan dalam dan luar Malaysia, sejak penghujung Jan tahun ini.
Katanya, pelbagai petikan daripada buku terbabit, termasuk kenyataan yang dipertikaikan, telah diterbitkan dan diterbitkan semula di internet, dalam pelbagai blog, laman web dan hantaran media.
Walaupun membabitkan dakwaan berat, defendan menerbitkannya tanpa terlebih dulu menyemak kesahihannya dengan Najib, atau memberinya peluang untuk mengulas berkenaan cadangan penerbitan kandungan berkenaan.
Katanya, secara jelas mahupun ‘innuendo’, Thomas memberi mesej bahawa Najib bersubahat dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.
Pernyataan itu menyebut, buku berkenaan menggambarkan Najib sebagai tidak layak memegang jawatan awam, kerana “tangannya diselaputi darah”.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kenapa Tommy tak tulis pasal gugur kes Guan Eng, dakwa musuh politik Dr M? tanya Najib
- Tommy Thomas dedah Dr M, Guan Eng, IGP tak layan cadangan untuk tangkap Jho Low
- Tuduh bunuh Altantuya, Najib tuntut Tommy tarik balik dakwaan, tuntut ganti rugi RM10 juta
- Tommy Thomas disiasat kerana memfitnah
- Tommy langgar sumpah – Ahmad Zahid
- UMNO lapor polis buku Tommy Thomas
- Tubuh segera RCI siasat buku Tommy, desak Umno
- PM: Kabinet setuju tubuh pasukan khas siasat Tommy Thomas
- Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas pendakwaan salah
- Najib saman Thomas, penerbit buku fitnah berkaitan Altantuya
Join our Telegram Channel