“Saya takkan sokong dia” – Calon DAP kena leter dengan penjaja buah



CYBERJAYA – Calon DAP bagi DUN Johor Jaya yang bertanding mempertahankan kerusi dalam PRN Johor, Liow Cai Tung terpaksa menghadap leteran seorang penjaja buah ketika beliau mengadakan program ‘walkabout’, lapor Malaysiakini.

Penjaja tersebut berdepan dengan calon DAP itu dan memberitahu bahawa dia suka DAP tetapi tidak akan menyokongnya selepas mengadu bahawa wakil DAP berkenaan tidak menyelesaikan masalah jalan raya.

“Saya suka DAP tetapi saya tidak akan menyokong dia, dia tidak boleh buat kerja.


“Saya telah meminta anda untuk perbaiki simpang jalan di sana kerana terdapat banyak kemalangan tetapi anda tidak melakukannya untuk saya.

“Saya telah meminta anda untuk melakukannya satu hingga dua tahun yang lalu tetapi semua yang anda katakan adalah ‘ya, ya, ya’,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Penjaja berkenaan kemudiannya berpaling kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menemani Liow Cai Tung di Pasar Taman Johor Jaya dan memberitahu beliau agar menasihati calon parti itu.

Menurut laporan itu lagi, Liow Cai Tung ketika dihubungi, mengesahkan pejabatnya telah menerima aduan berkaitan perkara itu sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan negeri.


Beliau berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru, yang bertindak atas permintaan pejabatnya, pernah menaik taraf simpang yang menjadi pertikaian itu.

“Pada masa itu, majlis bandaran letak kotak kuning di persimpangan dan juga membina ‘speed bump’ tetapi penjaja itu mahu satu lagi ‘speed bump’ di seberang jalan.

“Jadi dia tidak berpuas hati dengan bagaimana majlis bandaraya mengendalikannya,” katanya.

Pada pilihan raya yang lepas, calon DAP itu menang kerusi tersebut dengan majoriti 15,565 undi dan dalam PRN kali ini akan berdepan saingan empat penjuru melibatkan BN, Warisan dan PN. – SuaraTV



Please subscribe

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram