Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata kurangnya pendedahan logo partinya antara sebab kekalahan mereka di pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Dia juga berkata peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor, tetapi mengakui terdapat kelemahan di pihak Pejuang yang perlu diperbaiki.
“Kami parti yang didaftarkan tidak sampai tujuh bulan, logo kami tidak dikenali ramai,” katanya pada sidang media malam tadi.
Pejuang bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN. Mereka kehilangan wang deposit di semua kerusi yang mereka tandingi.
Malah Ketua Pejuang Johor Shaharuddin Md Salleh, yang merupakan timbalan menteri dari 2018 hingga awal 2020, kehilangan depositnya di Machap.
Sebaliknya, Muda - yang baru didaftarkan tiga bulan lalu - berjaya menyelamatkan deposit mereka di kesemua tujuh kerusi yang mereka tandingi.
Ini termasuk Larkin, di mana Muda tidak menerima sebarang bantuan daripada Pakatan Harapan (PH) kerana ia bertembung dengan PKR.
Peserta baru lain dalam pilihan raya negeri - Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang berpangkalan di Sabah - turut kehilangan wang deposit.
Pejuang - yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad - menggambarkan ia sebagai kuasa ketiga dan 'kingmaker'.
Ia enggan bekerjasama dengan parti pembangkang lain di Johor, keputusan yang dipertahankan Mukhriz semalam.
“Bertanding solo bukan satu kesilapan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Live Update #PRNJohor
- #PRNJohor: Kem PN hambar, kosong
- PN gagal teruk, Muhyiddin sedia letak jawatan pengerusi
- Zahid, Hasni puji Najib atas kemenangan BN di Johor
- Pejuang hilang semua deposit, Muda pertahan semua deposit
- Kalau Muhyiddin ambil tanggungjawab atas kesalahan dia, maka dia letaklah jawatan – Hashim Jasin
- #PRNJohor: 'Kemenangan BN bukan perkara boleh dibanggakan sangat' – Mukhriz
- MP PAS dedah ada pimpinan tertinggi mahu kerjasama PN-PH
- Muhyiddin, menteri Bersatu patut letak jawatan jika bermaruah – Puad
- Kritikan Dr M terhadap Najib tak lagi beri kesan, kata penganalisis
- Khairuddin: PAS sudah buang dasar politik matang ke Laut China Selatan
Join our Telegram Channel