DAP lapor polis terhadap presiden PAS kenyataan majoriti pemberi rasuah bukan Islam, bukan Bumiputera



DAP membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa bukan Islam dan bukan bumiputera merupakan kumpulan besar yang menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Laporan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lee Bing Hong, bagi pihak DAP Wilayah Persekutuan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lee mengecam kenyataan Abdul Hadi yang menurutnya boleh menimbulkan perbalahan antara kaum.

“Saya mengecam beliau kerana memecahkan keharmonian antara kaum di Malaysia terutama pada bulan Ogos yang juga merupakan bulan kemerdekaan kita.


“Ia amat mengecewakan.

“Dan dengan kenyataannya, dia hanya akan mewujudkan kebencian antara kaum,” kata Lee.

Laporan polis dibuat pada jam 12.24 tengah hari di IPD Dang Wangi.

Kenyataan Presiden PAS itu sebelum ini mengundang kritikan, terutama daripada ahli parlimen pembangkang.

Antara yang mengkritik kenyataan Abdul Hadi termasuklah Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram