PETALING JAYA: Kajian akan dijalankan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkaitan penamatan lesen premis perjudian termasuk ejen nombor ramalan, kata Menteri Besar Perlis Shukri Ramli.
Justeru, Shukri meminta pihaknya diberi peluang untuk mengkaji sebelum membuat sebarang keputusan membabitkan perkara itu.
“Kita akan terus berbincang dengan pelbagai pihak dan memastikan apa langkah untuk selepas ini (terhadap pembatalan lesen premis perjudian).
“Jadi, saya tak mahu menyatakan sebarang pandangan A atau B dahulu terhadap perkara ini kerana kami perlu putuskan secara kolektif,” katanya menurut Harian Metro.
Shukri berkata, buat masa ini pihaknya akan melihat dan mendapat pandangan daripada semua pihak sebelum membuat keputusan.
Sebelum ini, negeri bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) terutama PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah menamatkan semua lesen perjudian dan kelab persatuan (judi) di negeri berkenaan.
Malah, tindakan sama turut didesak kepada kerajaan Perlis selepas PN berjaya membentuk kerajaan di negeri itu apabila memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN pada PRU15 lalu.
ARTIKEL BERKAITA:
- Anwar: Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023, zaman PN 22 kali
- Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
- Buktikan dana PRU dari judi atau kami saman – Pas
- Takiyuddin jangan gopoh nafi, dokumen ada bersama saya – Anwar
- PN tidak akan dedah identiti penyumbang dana
Join our Telegram Channel