Ab Rauf layak ganti Sulaiman sebagai KM Melaka, ini sebab-sebabnya



Menteri Besar atau Ketua Menteri mestilah Ketua Perhubungan Negeri.

Busuk-busuk pun dia pegang Ketua Bahagian la.

Tapi Tok Leman ni bukan Ketua Bahagian pun.

Timbalan Ketua Bahagian je.

Timbalan Ketua Perhubungan Negeri pun bukan. πŸ˜‚

Pemilihan baru ni dia tanding MKT pun tak.


Dia kekal duduk jadi Timbalan Ketua Bahagian kepada Datuk Rauf. Tak berani langgar Datuk Rauf. Maksudnya apa? Rauf lagi powerful politically dari Tok Leman la.

Bila tak buat apa-apa political move untuk memperkukuhkan kedudukan dalam parti, macam mana nak pegang kuasa lama?

6 orang Ketua-ketua Bahagian pun lagi tinggi dari dia dalam hirarki UMNO/BN. Dia orang ke 7 dalam hirarki UMNO Melaka tau. πŸ˜‚

Ramai juga antara Ketua Bahagian UMNO Melaka tu yang pegang jawatan tinggi di UMNO Pusat.

So memang Tok Leman out of league la.


Onn Hafiz yang tiba-tiba jadi MB Johor lepas PRN Johor pun sedar fakta ini dan dia buat move bertanding Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam dan menang baru-baru ni. Ini untuk memperkukuhkan kedudukan walau dia ada payung biru besarrrr bekap dia kat belakang. πŸ˜‚

Berbalik semula kepada formula asal yang Nabeel sebut.

Menteri Besar atau Ketua Menteri mestilah Ketua Perhubungan Negeri. Busuk-busuk pun kena pegang Ketua Bahagian UMNO.

Baru boleh control parti dan maintain kestabilan politik.

Itulah adab dan adatnya.



MB Perlis- Mohd Shukri Ramli (Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi PN Perlis)

MB Kedah- Sanusi (Pesuruhjaya PAS Kedah dan Pengerusi PN Kedah)

CM Pulau Pinang- Chow Kon Yeow (Pengerusi DAP Penang dan Pengerusi PH Penang)

MB Perak- Dato Saarani (Pengerusi Perhubungan UMNO Perak)

MB Selangor- Amiruddin (Pengerusi PKR Selangor dan Pengerusi PH Selangor)

MB Nismilan- Aminuddin (Pengerusi PKR N9 dan Pengerusi PH N9)

MB Kelantan - Ahmad Yakop (Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Pengerusi PN Kelantan)


MB Terengganu- Dr Ahmad Samsuri (Pengerusi PN Terengganu dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 PAS Terengganu)

MB Pahang- Wan Rosdy (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Pengerusi BN Pahang)

MB Johor- Onn Hafiz (Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam dan bekap payung biru besarrr) 🀣

CM Melaka- Sulaiman Md Ali (BUKAN Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka dan BUKAN Ketua Bahagian. Hanya Timbalan Ketua Bahagian Masjid Tanah)

Semua parti akan letakkan orang no 1 negeri mereka sebagai Ketua Menteri atau Menteri Besar.

UMNO je takleh letak. Kalau letak nanti kena tuduh gila kuasa.

Kena letak orang no 7 dalam hirarki negeri untuk jadi CM. Baru tak gila kuasa.




Join our Telegram Channel
Telegram