MUHYIDDIN DAKWA UMNO GUNA DESAKAN POLITIK UNTUK PENGAMPUNAN NAJIB
Muhyiddin lupa dia yang bersekongkol dengan Tun M melakukan “pendakwaan politik” dan “pendakwaan terpilih” terhadap Najib, Zahid dan pemimpin UMNO lain.
Mereka melakukan tekanan politik untuk musnahkan UMNO. Ia adalah konspirasi tertinggi melibatkan kontroversi perlantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.
Sebab itu Najib dinafikan hak perbicaraan adil seperti yang dirumuskan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Tindakan UMNO bukan tekanan politik tetapi solidariti politik yang menyerahkan kepada budi bicara YDP Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin tahu YDP Agong tidak tunduk pada tekanan politik. Muhyiddin yang guna tekanan politik untuk sambung tempoh darurat dan gantung parlimen. Tetapi ia gagal dan ditolak.
Muhyiddin juga beri tekanan politik kononnya dia cukup nombor untuk tubuh kerajaan selepas PRU ke 15. Dia tolak kerajaan perpaduan. Tetapi YDP Agong lebih bijaksana dan tidak tunduk kepada tekanan politik.
Justeru tidak wujud konflik kepentingan pada memorandum UMNO. Keputusan akhir adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan.
Sebenarnya tuduhan Muhyiddin itulah tekanan politik untuk menghalang pengampunan diraja
ARTIKEL BERKAITAN:
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Umno mohon Agong beri pengampunan penuh pada Najib
- Hormat hak UMNO mohon pengampunan Najib – TPM Fadillah
- Padu Speaker DUN Johor bidas Muhyiddin isu pengampunan Najib
- Pembebasan Najib akan menguntungkan kerajaan perpaduan, kata penganalisis
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Hassan Karim jangan ‘double standard’, bila Anwar dapat pengampunan malapetaka jugakah?
- Najib punyai hak mohon pengampunan diraja – Ramasamy
- Rakyat tidak tolak Kerajaan Perpaduan jika Najib diampunkan – Sian See
Join our Telegram Channel