Kekasih buat aksi tak senonoh dalam Myvi Putih direman 4 hari



JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih direman empat hari bermula hari ini berhubung tindakan mereka yang melakukan perbuatan jelik dalam kereta jenis Perodua Myvi pada 21 Mac lalu.

Perintah reman ke atas pasangan lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurzihan Abdul Rehman.

Nurzihan membenarkan permohonan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi, 21 Mei lalu.

“Polis mengesan video tular tersebut sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Pasir Gudang.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan di kediaman masing-masing pada pukul 11 malam dan 11.45 malam, kelmarin.


Polis turut merampas kereta Perodua Myvi berwarna putih. Siasatan awal turut mendapati suspek lelaki mempunyai satu rekod kes jenayah. − Kosmo








Join our Telegram Channel
Telegram