Khaled Nordin letak jawatan esok



KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad, esok.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan penarikan sokongan UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Saya memang akan letak jawatan esok, esok (juga) saya hantar surat peletakan jawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti.


Bagaimanapun, Muhyiddin dalam perutusan khasnya menyatakan masih mempunyai majoriti dan bakal ditentukan di Parlimen. – Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:


 

Join our Telegram Channel
Telegram