PAS akan terus bersama PN – Naib Presiden



BUKIT GANTANG: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, PAS akan tetap bersama Perikatan Nasional (PN) dan terus menyantuni rakyat walaupun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang telah berlangsung pada 12 Mac lepas.

Memetik MalaysiaNow, katanya lagi, PAS dan gabungan PN akan terus bersama-sama menyuburkan konsep perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) PRU15 nanti.

“Jangan diukur keputusan pada PRN Melaka dan Johor. Kita baru lagi bersama.

“Kita terima kekalahan dan akan sediakan satu perancangan untuk bergerak ke hadapan menghadapi PRU15.


“Apa yang penting adalah perpaduan,” katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan futsal Parlimen Bukit Gantang semalam.

Pada PRN Johor pada Sabtu, PN hanya memenangi tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri iaitu di DUN Bukit Kepong, Maharani dan Endau.

Barisan Nasional telah membentuk kerajaan negeri setalah memenangi 40 dari 56 kerusi yang telah dipertandingkan. Selain PN, Pakatan Harapan (PH) mendapat (11) kerusi, MUDA (1) kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (1) kerusi. – SuaraTV


ARTIKEL BERKAITAN:
 
Join our Telegram Channel
Telegram