Semak status permohonan pengeluaran khas KWSP hari ini



PETALING JAYA: Orang ramai boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara one-off, hari ini. 

Perkara itu dimaklumkan KWSP dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini. 

“Kini, anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas anda dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/,” tulisnya. 


Permohonan pengeluaran khas tersebut mula dibuka 1 April lalu sehingga 30 April ini. 

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19. 

Bayaran bagi pengeluaran khas itu dijangka dibuat secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak bermula 20 April ini. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram