130 ketua bahagian, perhubungan Umno sokong Zahid terajui parti



Kira-Kira 130 Ketua Bahagian Umno atau wakil mereka hari ini menyatakan sokongan kepada Presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus menerajui kepimpinan parti itu.

Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Mohd Shafie Abdullah berkata sokongan itu juga adalah bagi memastikan Ahmad Zahid meneruskan perjuangan beliau dalam memastikan parti terus relevan pada masa akan datang.


Dia berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Umno bersama Presiden Parti di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd Shafie turut menyeru mana-mana Ketua Bahagian Umno yang meragui kepimpinan Presiden agar ‘kembali’ untuk memastikan parti itu terus bersatu padu. – Bernama


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram