Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi menjelaskan semua tindakan yang dilakukannya dalam kepimpinan Umno sebagai 'kejernihan politik' bagi menyelamatkan parti itu daripada pihak yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.
Presiden Umno itu berkata, pihaknya boleh meraikan pendapat namun tidak akan berkompromi terhadap mana-mana golongan yang menyentuh soal integriti parti.
Tanpa menyebut sebarang nama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan dibuat bukanlah kerana beliau membenci individu tertentu, sebaliknya atas dasar menyelamatkan parti.
"Serangan bukan hanya datang dari luar, kita kenal musuh di luar dan juga musuh di dalam... baling batu sembunyi tangan, itu sangat banyak tapi saya harus bersangka baik, sebagai seseorang diberikan amanah memimpin parti, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu berlaku?
"Parti perlu diselamatkan, parti tidak boleh ada gunting dalam lipatan atau duri dalam daging... bagaimana jika sampah masuk ke mata? Kita buka mata pun sakit, tutup mata pun sakit, kita harus buang sampah itu untuk jaga mata supaya penglihatan kita jelas.
"Itu dipanggil 'political clarity' ia harus dilakukan, namun saya tidak menuduh atau memaksudkan sesiapa, saya meraikan perbezaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh saya tidak boleh berkompromi," katanya melalui program Ruang Bicara bertajuk 'Desa Makmur Luar Bandar Sejahtera' di saluran Bernama TV, di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kini berdepan pelbagai kritikan susulan tindakan pembersihan Umno di bawah kepimpinannya yang menyaksikan pemecatan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jalamuddin dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Keputusan dibuat hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno minggu lalu turut memutuskan beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong, yang juga bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sebagai seorang pemimpin beliau tidak boleh mengambil pendekatan syok sendiri dengan menganggap semua pihak akan menyokongnya.
"Kalau khuatir dilanda ombak jangan buat rumah di tepi pantai... tiang serinya harus kukuh biarlah tsunami mendatang... kita sebagai pemimpin harus terima berapa ramai sokong kita, begitu jugalah jumlah orang yang tidak suka kita.
"Jangan jadi pemimpin syok sendiri, kata semua orang sokong kita, kritikan dari luar dan dalam pasti terima dan ditangani secara sebaik mungkin," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, beliau percaya usaha meremajakan parti tidak mensyaratkan ia perlu datang dari pemimpin muda sahaja namun yang penting adalah pendekatan dan idea pelaksanaan program mengikut kesesuaian citarasa, melangkaui soal usia.
Menyentuh mengenai keutusan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan, Ahmad Zahid berkata, adalah penting untuk pimpinan mempunyai pelan 'tebatan banjir politik' jika wujudnya keadaan buruk, hasil cubaan mengganggu gugat pentadbiran.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Khairy, Noh dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung – Sumber
- Selain 4 pemimpin UMNO, ratusan ahli dipecat, digantung keahlian – Bung
- ‘Saya takkan tunduk, patah semangat’, respon KJ selepas dipecat Umno
- 16 tuduhan ‘sabotaj’ parti punca Noh dipecat, kata Umno Selangor
- Puad: H2O tak serik, penggerak utama SD sokong Muhyiddin
- Merayu? Maaflah, kata Shahril selepas digantung keahlian Umno
- Peguam sahkan pecat, gantung ahli UMNO sah ikut perlembagaan parti
- Tak akan rayu pemecatan – KJ
- UMNO pecat Tun Faisal
- Saya tak digantung Umno, kata Ismail
- Setakat ini, belum terima rayuan daripada mana-mana pihak – Zahid
Join our Telegram Channel