PETALING JAYA: Pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dijangka berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa kelmarin.
Meskipun Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebelum ini disokong oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang wakil rakyat Bebas, tidak bermakna UMNO dan Bersatu boleh bekerjasama ketika PRN apatah lagi berunding dalam pengagihan kerusi.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, pendirian kepemimpinan tertinggi UMNO dan Bersatu baru-baru ini untuk bertembung antara satu sama lain memberikan gambaran awal terhadap situasi PRN Melaka.
Kata beliau, pilihan raya berkenaan juga kemungkinan menyaksikan pertembungan melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas sekali gus membuka ruang kepada saingan empat penjuru.
“Pertembungan antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) serta PH tidak boleh dielakkan kerana secara jelas masing-masing mahu pertahan kerusi sedia ada dan menaruh nasib terhadap kawasan yang kalah.
“Itu senario bakal berlaku jika PRN diadakan. Apatah lagi masing-masing dilihat cuba mempertaruh nasib bagi mengukur tahap sokongan rakyat sekali gus menjadi penanda aras untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.
Krisis politik yang berlaku di Melaka sehingga membuka laluan kepada PRN ekoran tindakan empat ADUN menarik sokongan kepada Sulaiman sekali gus kerajaan pimpinannya hanya bertahan kira-kira 20 bulan.
Sebelum ini, Sulaiman menerima sokongan 17 ADUN (14 UMNO, dua Bersatu dan satu Bebas) berbanding 11 wakil PH daripada 28 kerusi dalam sidang DUN.
Sejumlah 15 sokongan diperlukan untuk majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.
Dalam pada itu, pensyarah kanan Pusat Pengajian Kerajaan, Undang undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohamad Faisol Keling berkata, PRN Melaka akan hanya menyaksikan dua pertarungan besar antara UMNO dan BN dengan PH meskipun bakal berlaku pertembungan tiga penjuru.
Katanya, kedua-dua parti itu masing-masing mempunyai kelebihan setelah masing-masing pernah menerajui tampuk kepemimpinan kerajaan negeri.
“Dari sudut ini, PN dijangka menghadapi laluan sukar apatah lagi Bersatu hanya menang dua kerusi manakala Pas tidak menang. Boleh dikatakan PRN Melaka hanya antara BN dan PH,” katanya.
Mohamad Faisol menambah, PRN adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik berlaku di Melaka kerana tiada parti yang mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan. – Utusan
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
- Calon tunggal KM Idris Haron tolak PRN Melaka
- PM: PRN Melaka mungkin berlaku tapi terpulang kepada TYT
- KM Melaka nasihat TYT bubar DUN, keputusan dalam masa terdekat
- SAH! TYT perkenan bubar DUN, Melaka bakal PRN
- Dulu sya barua, sekarang bermaruah – Norhizam
- PRN Melaka dalam tempoh 60 hari, kata SPR
- ADUN Telok Mas (Bersatu) akui buat silap sertai ‘Langkah Sheraton’
- PRN Melaka dijangka tiga penjuru libatkan BN, PN, PH
- BERSATU, PAS Melaka ajak UMNO berunding elak saingan 3 penjuru
- Najib kecewa 4 ADUN tumbangkan kerajaan Melaka di saat ekonomi negeri baru dibuka
- RASMI: Idris Haron, Nor Azman dipecat dari UMNO
- PH Melaka mahu PRN, tolak darurat
- 'Nangis saya bukan main-main', Nor Azman rayu beri PH peluang tadbir kerajaan Melaka
Join our Telegram Channel