Umno mengesahkan keahlian Umno Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman
Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9
Perlembagaan parti itu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, surat perlucutan
keahlian bertarikh 5 Oktober akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat
terbabit seawal-awalnya hari ini.
“Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan Umno menyatakan, seseorang ahli yang
menang bertanding, tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon
Bebas Dun (Dewan Undangan Negeri) atau Dewan Rakyat, akan gugur keahlian
dengan sendirinya.
“Jadi jika kedua-dua fasal ini dibaca bersama, maka Datuk Nor Azman dan Datuk
Seri Idris Haron tergugur dengan sendirinya sebagai ahli Umno bermula pada
semalam,” katanya selepas menghadiri pertemuan dengan Jawatankuasa Biro
Politik Umno bahagian dalam Melaka di Kampung Pulau, di sini, malam tadi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan surat pelucutan
keahlian ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor,
Datuk Nor Azman Hassan selepas selesai perjumpaan bersama ahli-ahli UMNO
ketika di Villa d’aqua, Masjid Tanah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER
2021.
Terdahulu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang dan
Nor Azman (Pantai Kundor) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri bersama
dua lagi Adun Bebas dan Bersatu, Isnin lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
- Calon tunggal KM Idris Haron tolak PRN Melaka
- PM: PRN Melaka mungkin berlaku tapi terpulang kepada TYT
- KM Melaka nasihat TYT bubar DUN, keputusan dalam masa terdekat
- SAH! TYT perkenan bubar DUN, Melaka bakal PRN
- Dulu sya barua, sekarang bermaruah – Norhizam
- PRN Melaka dalam tempoh 60 hari, kata SPR
- ADUN Telok Mas (Bersatu) akui buat silap sertai ‘Langkah Sheraton’
- PRN Melaka dijangka tiga penjuru libatkan BN, PN, PH
- BERSATU, PAS Melaka ajak UMNO berunding elak saingan 3 penjuru
- Najib kecewa 4 ADUN tumbangkan kerajaan Melaka di saat ekonomi negeri baru dibuka
- RASMI: Idris Haron, Nor Azman dipecat dari UMNO
- PH Melaka mahu PRN, tolak darurat
- 'Nangis saya bukan main-main', Nor Azman rayu beri PH peluang tadbir kerajaan Melaka
Join our Telegram Channel