KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pembekuan dua akaun milik parti itu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, paling baharu pemimpin parti itu dipanggil adalah semalam.
“Sepatutnya ada mesyuarat biro semalam tetapi ketuanya membatalkan mesyuarat kerana dipanggil SPRM,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Terdahulu, dilaporkan akaun Bersatu dibekukan dan perkara itu dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Ia bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, akaun Bersatu dibekukan surahanjaya itu lebih dua minggu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM siasat dakwaan Annuar berpuluh juta dalam bilik Muhyiddin
- SPRM buka kertas siasatan dana RM600b, PM ucap takziah pada Muhyiddin
- SPRM panggil Muhyiddin, Khairy, Zafrul bantu siasatan dana RM600b
- SPRM siasat dana RM92.5 bilion didakwa diseleweng pentadbiran Muhyiddin
- Tular dokumen dedah hampir semua pendapatan PPBM dari sumber ‘derma’ paksa – Sumber
- SPRM beku akaun bank Bersatu
- Beberapa pemimpin kanan Bersatu dipanggil SPRM, terbaharu semalam
- Bersatu mohon batal pembekuan akaun, tiada duit bayar gaji
- Jika Bersatu bersih sila jelaskan mengapa dalam masa singkat ada dana RM300 juta – Anwar
- Lagi akaun dibekukan, pemimpin kanan Bersatu dipanggil libatkan RM260 juta?
- Tak perlu takut disiasat SPRM jika bersih, Anwar beritahu Bersatu
- Peja akui BERSATU memang ada dapat sumbangan besar
- ‘Tiada parti boleh hidup sendiri, semua terima duit’, kata PAS
Join our Telegram Channel