Ismail Sabri dakwa 31 MP BN sokong kerajaan hingga September, 10 tidak hadir, 3 nama bertindih



Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa seramai 31 anggota parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga parlimen bersidang September ini.

“Pendirian kami adalah ahli parlimen junjung kasih dan junjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu perkenankan supaya kerajaan har ini meneruskan pentadbirannya dan akan menentukan keabsahan ini di parlimen,” katanya.


Perkara itu diumumkan dalam sidang media sebentar tadi.

Ismail membacakan senarai itu, yang didapati terdapat tiga nama bertindih dengan senarai kem Presiden Umno Zahid Hamidi - yang menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nama-nama yang bertindih itu ialah:
  1. Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  2. Noh Omar (Tanjong Karang)
  3. Azeez Abdul Rahim (Baling)

Berikut angggota parlimen yang hadir dalam sidang media di Kuala Lumpur tengah hari tadi:
  1. Ismail Sabri Yaakob (Bera)
  2. Mastura Yazid (Kuala Kangsar)
  3. Mahdzir Khalid (Padang Terap)
  4. Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
  5. Halimah Saddique (Kota Tinggi)
  6. Jalaluddin Alias (Jelebu)
  7. Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)
  8. Mohd Salim Sharif (Jempol)
  9. Annuar Musa (Ketereh)
  10. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)
  11. Hassan Arifin (Rompin)
  12. Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
  13. Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak),
  14. Idris Jusoh (Besut)
  15. Shahidan Kassim (Arau)
  16. Ismail Abd Muttalib (Maran)
  17. Wee Ka Siong (MCA- Ayer Hitam)
  18. M Saravanan (MIC-Tapah)

Yang tidak hadir, tetapi didakwa mendukung kerajaan PN:
  1. Khairy Jamaluddin (Rembau)
  2. Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas)
  3. Dr Adham Baba (Tenggara)
  4. Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan)
  5. Hishammuddin Hussein (Sembrong)
  6. Mohamad Alamin (Kimanis)
  7. Zahidi Zainul (Padang Besar)
  8. Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
  9. Wee Jeck Seng (MCA- Tanjung Piai)
  10. Ahmad Hamzah (Jasin)

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram