PETALING JAYA: Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘meminta nyawa’ dengan DAP bagi menyelamatkan kerajaan negeri Melaka daripada runtuh, malam sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan.
Ab Rauf berkata beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, selain menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak parti seteru mereka itu.
“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.
“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya dalam wawancara secara langsung maya Sinar Harian, petang tadi.
Isnin lalu, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron bersama tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali.
Tiga ADUN terbabit adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ketika mengulas lanjut, berkata perlu diperjelaskan bahawa beliau bukan mewakili kerajaan negeri, sebaliknya mewakili parti.
“Ini bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.
Beliau berkata, beliau berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP atas dasar turut mewakili Barisan Nasional (BN) negeri dengan pertemuan diatur oleh seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan.
“Saya menawarkan seperti mana diputuskan dalam sidang dewan yang lepas, yang mana YAB KM (Ketua Menteri) menawarkan kumpulan parti pembangkang ini jadi rakan strategik untuk membina semula Melaka dan tawaran itu dibuat secara rasmi dalam sidang DUN baru lepas,” katanya.
Bagaimanapun, perundingan bersama DAP itu tidak membuahkan hasil yang diharapkan walaupun usaha ‘memujuk’ dibuat, sambil menyatakan kesediaan kerajaan negeri bersama pembangkang untuk bersama-sama membangunkan negeri berkenaan, selain mengelak ketidakstabilan politik.
“Kenapa kita nak runtuhkan kerajaan negeri, dan kenapa tidak kita bersama-sama (merujuk kepada DAP) dengan tawaran yang dibawa Ketua Menteri supaya kita dapat duduk?
“Saya katakan kepada beliau (pimpinan DAP), saya ‘hope for the best’ (berharap yang terbaik), untuk kita duduk bersama-sama dan tidak menjejaskan kestabilan politik negeri memandangkan suka tidak suka pilihan raya umum pasti akan berlaku tidak berapa lama lagi,” katanya.
Katanya, beliau mengetahui gerakan yang sedang diatur empat ADUN terbabit dan mendakwa turut melihat kandungan akuan berkanun (SD) yang antara lain membabitkan lantikan seorang bekas Ketua Menteri kembali dilantik ke jawatan itu.
“Jadi, dalam perbincangan tersebut (bersama DAP), (telah dikatakan) jangan kita rosakkan kerajaan negeri ini kerana kita berada dalam suasana pandemik yang baharu masuk fasa tiga, rakyat baharu nak pulih kehidupan, dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata, ‘serangan hendap’ dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan negeri tidak mencerminkan pementeraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, dilaksanakan di peringkat negeri.
“Tetapi mengapa kita perlu gegarkan politik Melaka ini dengan gerakan serang hendap terancang, dan saya berterus terang memang ada perbincangan (bersama DAP) saya secara tidak rasmi pada malam sebelum hari kejadian,” katanya.
Ab Rauf berkata, malangnya tawarannya berdamai tidak disambut.
“Jika disambut tidak berlaku agenda serang hendap pada hari Isnin. Apa yang berlaku pada Isnin bukan berlaku dalam sekelip mata, ia sudah dirancang begitu rapi,” katanya.
Mengulas berkenaan perancangan Umno dan BN Melaka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata sekiranya mahu menang kembali, Umno dan BN negeri memerlukan bilangan kerusi mencukupi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
- Calon tunggal KM Idris Haron tolak PRN Melaka
- PM: PRN Melaka mungkin berlaku tapi terpulang kepada TYT
- KM Melaka nasihat TYT bubar DUN, keputusan dalam masa terdekat
- SAH! TYT perkenan bubar DUN, Melaka bakal PRN
- Dulu sya barua, sekarang bermaruah – Norhizam
- PRN Melaka dalam tempoh 60 hari, kata SPR
- ADUN Telok Mas (Bersatu) akui buat silap sertai ‘Langkah Sheraton’
- PRN Melaka dijangka tiga penjuru libatkan BN, PN, PH
- BERSATU, PAS Melaka ajak UMNO berunding elak saingan 3 penjuru
- Najib kecewa 4 ADUN tumbangkan kerajaan Melaka di saat ekonomi negeri baru dibuka
- RASMI: Idris Haron, Nor Azman dipecat dari UMNO
- PH Melaka mahu PRN, tolak darurat
- 'Nangis saya bukan main-main', Nor Azman rayu beri PH peluang tadbir kerajaan Melaka
- TERKINI: 15 ADUN Melaka ke Istana Negara
- DAP tolak pelawaan UMNO, sengaja biar Kerajaan Melaka tumbang walaupun sedar kesan pandemik, dedah Ab Rauf
- Tumbangkan kerajaan Melaka, Bersatu pecat Noor Effandi
- TERKINI: Idris Haron, Nor Azman isytihar akan sertai komponen PH
- YB Beliau bohong, PH Melaka nafi mahu jumpa Agong, bukan semua Adun PH terima dia
Join our Telegram Channel