5 Adun UMNO u-turn selepas desak Bung letak jawatan



Letak jawatan ketua Umno Sabah segera, 5 ADUN desak Bung


KOTA KINABALU: Lima ADUN Umno yang tidak menyokong usaha menggulingkan kerajaan Sabah mendesak Ketua Umno negeri, Bung Moktar Radin segera meletak jawatan.

Mereka dalam satu kenyataan bersama turut mengecam tindakan Bung itu mencemarkan nama baik parti.

Lima ADUN itu adalah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Arsad Bistari (Tempasuk).

Katanya, mereka terkilan dan kesal kerana Sabah dan rakyatnya sekali lagi diheret dalam krisis politik.


“Bersama-sama rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan kepercayaan ini bukan masanya untuk merebut kuasa.

“Sebaliknya, tiba masanya untuk bersatu agar kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat,” menurut lima ADUN itu.

Mereka turut mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Hajiji sebagai ketua menteri yang sah di sisi perlembagaan.

Katanya, mereka mahu kestabilan politik yang wujud selama ini dikekalkan dan menolak sebarang cubaan mana-mana pihak yang ingin menimbulkan kekacauan serta keresahan rakyat. – FMT


5 ADUN Umno Sabah tarik balik desakan supaya Bung berundur


KOTA KINABALU: Beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan mendesak Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berundur, lima ADUN membuat pusingan U dengan menarik balik desakan mereka.

Kelima-lima mereka, yang menyuarakan sokongan kepada Ketua Menteri, Hajiji Noor terhadap cubaan menggulingkannya, menghantar kenyataan semakan kepada media malam ini, tanpa desakan berundur.

Dalam kenyataan baharu itu, lima ADUN terbabit mengecam komplot menjatuhkan Hajiji sebagai ketua menteri, tetapi tidak memasukkan desakan supaya Bung melepaskan jawatan ketua parti negeri seperti dalam kenyataan sebelum ini.

Semua perkara lain dalam kenyataan terdahulu sama, termasuk pengisytiharan sokongan terhadap Hajiji.

Lima ADUN itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Arsad Bistari (Tempasuk). – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram