KDM sahkan Hajiji tiada sokongan majoriti sebagai ketua menteri



KOTA KINABALU: Tiga ADUN Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) percaya bahawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.

Presiden KDM Peter Anthony berkata, perkara itu merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sabah menyatakan bahawa ketua menteri sebagai ketua parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi dalam DUN Sabah.

“Seterusnya, bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, ADUN Sulaman Hajiji Noor hendaklah meletakkan jawatan serta-merta,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Sehubungan itu katanya, KDM menyerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan ketua menteri baharu berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

DUN Sabah mempunyai 79 ADUN, iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.

Dengan tindakan KDM, serta Umno dan BN Sabah menarik sokongan malam tadi, kerajaan Sabah diterajui Hajiji hanya mempunyai sokongan 38 ADUN, iaitu 29 daripada GRS, tujuh daripada PH dan masing-masing seorang ADUN bebas dan Parti Harapan Rakyat Sabah.


Parti Warisan mempunyai 19 kerusi, BN (18), KDM (3), dan PAS satu kerusi. – FMT


AARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram