BN, Warisan sokong cadangan kerajaan perpaduan Anwar di Sabah



BN Sabah dan Warisan menyokong cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk pembentukan sebuah kerajaan perpaduan di Sabah.

Bagaimanapun, pada masa berita ini ditulis, belum ada ada tanda-tanda sama ada Ketua Menteri Hajiji Noor dan wakil rakyat yang bernaung di bawah sepanduk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju dengan cadangan ini ataupun tidak.

Cadangan itu dkemukakan  oleh Anwar - yang terpaksa memendekkan lawatan rasminya ke luar negara - malam tadi, dengan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin, dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan itu mampu meredakan suhu politik dan tetapi Hajiji masih belum bersetuju dengan perjanjian itu.


“(Cadangan kerajaan perpaduan) ini dapat menstabilkan politik negeri Sabah ketika ini. 

“Saya juga berharap agar Hajiji dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Anwar demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Kenyataan serupa dikeluarkan oleh Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal malam tadi.

“Selepas perjumpaan dengan perdana menteri (pada 9 Januari) dan ketua-ketua parti, saya dan Adun Warisan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan untuk mentadbiri negeri Sabah,” katanya.


Di sebalik perdamaian yang dihulurkan, Bung Moktar dan Shafie, masing-masing menyatakan bahawa sebahagian besar jika tidak semua Adun mereka tidak akan menghadiri sidang khas DUN hari ini.

Bung Moktar menjelaskan beberapa sebahagian besar wakil rakyat  BN akan berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan agung tahunan Umno.

Bagi Shafie pula, dia berkata Adun Warisan sibuk untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang akan menentukan kepimpinan kerajaan perpaduan baharu nanti.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu berjanji untuk menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 - dua rang undang-undang asas yang akan dibentangkan oleh pentadbiran Hajiji hari ini.


Jumaat lalu, BN Sabah mengumumkan bahawa mereka menarik balik sokongan kepada Hajiji  sebagai ketua menteri.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal menyingkirkan Hajiji kerana lima daripada 18 ahli parlimen BN Sabah dan tujuh Adun Pakatan Harapan memilih untuk kekal bersamanya.

Setakat malam tadi, Hajiji dikatakan masih menikmati sokongan 44 daripada 79 Adun. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram