Istana Sabah arah parti bertelagah serah SD



KOTA KINABALU: Istana Sabah meminta ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyuarakan pendirian siapa yang mereka sokong sebagai ketua menteri, menurut sumber.

“Wakil rakyat GRS diminta menyerahkan SD mereka kepada Yang di-Pertua (TYT) Sabah untuk menyatakan siapa yang mereka sokong sebagai ketua menteri,” kata sumber GRS kepada FMT.

Hajiji dilihat memasuki istana negeri pada 4.30 petang tadi, dipercayai untuk menghadap TYT bagi menyerahkan akuan bersumpah (SD) menyokongnya.


Tidak jelas sama ada parti politik lain yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri diminta berbuat demikian.

Tidak diketahui sama ada ADUN BN Sabah dan Warisan turut diminta pihak istana berbuat demikian kerana dua pihak itu setakat ini masih berdiam diri mengenainya.

Terdahulu, Setiausaha Perhubungan negeri, Abdul Rashid Mohd Tahir hari ini berkata, istana akan menghubungi ADUN tidak lama lagi untuk menyatakan pendirian mereka menyokong siapa sebagai ketua menteri.


Tanpa menunjukkan jika mereka mempunyai sokongan mencukupi daripada ADUN untuk membentuk kerajaan, Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan, Shafie Apdal menggesa Hajiji meletak jawatan ketua menteri kerana mendakwa beliau sudah kehilangan majoriti.

Tetapi, pihak Hajiji menyangkal dakwaan itu dengan berkata, Bung dan Shafie tidak memahami undang-undang dan mereka hanya memilih bahagian yang sepadan naratif mereka sambil mengabaikan butiran lain dalam undang-undang. – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram