PANAS: Noraini pula letak jawatan menteri



Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad hari ini menjadi anggota kabinet terbaru daripada Umno meletakkan jawatan.

Noraini berkata, tindakan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.


"Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB perdana menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam kerajaan persekutuan.

"Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita Umno, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan.


Pada 3 Ogos lalu, Shamsul Anuar Nasarah menjadi anggota kabinet pertama daripada Umno mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Langkah itu kemudian disusuli peletakan jawatan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad dan peletakan jawatan Ahli MT Umno, Razlan Muhammad Rafii sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera (LTAT). – Mkini





 

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram