KJ arah HKL siasat kes doktor dedah kerahsiaan dan hina Najib anjing



KUALA LUMPUR: Mengenai kes ciapan Twitter yang ada unsur hinaan dipercayai milik seorang doktor yang mendakwa telah merawat bekas Perdana Menteri DS Najib Razak, Menteri Kesihatan Khiary Jamaluddin berkata Hospital Kuala Lumpur HKL telah melancarkan siasatan berhubung perkara itu untuk menentukan sama ada ia benar-benar dihantar oleh salah seorang pegawai perubatannya.

Kata Khairy, jika terbukti benar, pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut garis panduan KKM.

"Semua di KKM memang kita perlu mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan.


"Jadi sebarang maklumat terperinci tentang kesihatan mana-mana pesakit termasuklah banduan yang berada bawah rawatan KKM mestilah disimpan kerahsiaannya.

"Jadi dalam hal tersebut, dalam kes yang dirujuk, saya telah pun minta pengarah HKL untuk siasat kes, dan jika didapati ada pelanggaran tata etika, maka tindakan disiplin boleh diambil terhadap pegawai yang berkenaan.

Kira-kira seminggu yang lalu, satu ciapan Twitter menjadi tular selepas didakwa dihantar oleh doktor yang menafikan dakwaan bahawa Najib mempunyai tekanan darah tinggi. – Mkini













Antara bahasa kesat doktor HKL di akaun twitternya.




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram