Ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar menyebabkan kesan teruk



Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak akan dirujuk ke Hospital Kajang petang ini berikutan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk ke atas bekas Perdana Menteri itu.

BH Online melaporkan perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini. 

Sri Ram berkata, keadaan Najib dilaporkan agak teruk.


"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

"Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini," katanya.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – Hmetro




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram