KKM digesa pecat doktor HKL maki Yana Najib anjing



Tular ciapan seorang doktor kontrak yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menuduh kononnya anak bekas Perdana Menteri keenam menipu dan turut memaki beliau dengan gelaran ‘anjing’. 

Netizen dan mereka yang waras melihat tindakan doktor ini sebagai satu perbuatan yang tidak boleh diterima hatta kebencian menyelubungi hatinya sejak sekian lama terhadap Najib dan keluarga.

Profesion doktor yang dihormati ini wajar dipertahan dan jangan dihinakan oleh doktor sebegini yang menyemai kebencian terhadap pesakitnya sendiri.

Beliau mengaku memeriksa darah Najib dan kemudiannya memaki anaknya sehingga je tahap gelaran ‘anjing’ yang membuktikan beliau gagal menjunjung tinggi etika dan profesionalisme kedoktoran yang dihormati selama ini.


Beliau boleh berpolitik kerana undang-undang dan Perlembagaan negara ini tidak membatasi seorang doktor atau penjawat awam untuk aktif dalam politik atau mana-mana parti.

Namun tahap kebencian yang beliau zahirkan memperlihatkan “benci melampau” yang dilihat boleh menjurus kepada perbuatan yang tidak sepatutnya yang wajar KKM perhalusi untuk dikenakan tindakan.

Ini bukan lagi perbualan di kedai kopi sesama rakan Pakatan Harapan yang bergembira Najib dipenjara dan kini mempunyai masalah kesihatan kerana terbukti beliau menyimpan dendam, prasangka dan kebencian melampau terhadap pesakit dan keluarganya.

Jika tidak, tentu ciapan keji sebegitu tidak akan beliau utarakan yang hanya menunjukkan beliau tidak layak menjadi doktor di kementerian.

Biarlah klinik atau hospital swasta sahaja yang menggaji doktor ‘pening’ sebegini dan KKM perlu memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.


Mungkin juga Pakatan Harapan akan mengambil beliau sebagai calon Ahli Parlimen kelak kerana beliau berjaya membuktikan ‘ketotokan’ beliau, seperti yang selalu mereka lakukan. 

Tetapi di pihak kerajaan, benci atau totok berparti sekalipun, KKM tidak boleh biarkan doktor sebegini mencemar nama profesion kedoktoran dan juga kementerian.

Tetapi tidak tahulah kerana menterinyapun dilihat macam tidak boleh diharapkan.

Mungkin apabila kerajaan bertukar, perkara yang menjejaskan nama baik KKM dan profesion kedoktoran ini boleh dipulihkan.

Itupun jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak dilewatkan yang pasti memberi talian hayat kepada Pakatan Harapan. Jika tidak, “wal hasil balik asal“. – EditorMalaysia













Antara bahasa kesat doktor HKL di akaun twitternya.




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram