Yana rayu PM Ismail Sabri benarkan Najib terima rawatan sewajarnya



Salam semua,

Daddy ada buat skop hari Sabtu lepas. Doktor menemui banyak ulser baru dalam perutnya.

Ia adalah masalah sama yang berulang sejak lebih 15 tahun lalu. Pada tahun 2010, umum mengetahui bahawa beliau dimasukkan ke hospital selama beberapa hari kerana masalah ini.

Tahun lepas, beliau juga dimasukkan ke ICU di hospital swasta selama kira-kira seminggu di  mana beliau telah menerima pemindahan darah bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman sebanyak 5 beg darah.


Semasa skop, doktor di HKL juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan ulser terpaksa diklip untuk menghentikan pendarahan.

Daddy minta untuk menjalani pemerhatian di HKL tetapi ditolak, doktor discaj dan beliau hadir ke mahkamah pagi tadi.

Doktor juga telah menukar ubat-ubatannya daripada jenis yang biasa beliau makan sejak bertahun-tahun dan menghantarnya kembali ke Kajang.

Pagi ini, pemeriksaan oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah Daddy sangat tinggi, mungkin disebabkan oleh pertukaran ubat yang telah dilakukan.


Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan Daddy tidak berada dalam keadaan baik dan beliau perlu dihantar ke hospital.

Atas dasar kemanusiaan, keluarga kami merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan DS Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan perkara yang betul dan membenarkan daddy menerima rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya. 🤲🏼🙏🏻

YANA NAJIB

Sumber: IG Yana Najib / Nabeel Naqie






ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram