Razlan letak jawatan lembaga pengarah LTAT



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Muhammad Rafii meletakkan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Keputusan itu dibuat susulan keputusan Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


“Umno sebagai parti yang menjunjung kedaulatan raja-raja Melayu dan meletakan keutamaan kepada rakyat tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang sedang diabaikan oleh perdana menteri,” katanya.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Razlan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Ismail Sabri yang melantiknya ke jawatan itu sebelum ini.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada warga kerja LTAT yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya.


Selain Razlan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin juga telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Boustead Holding Berhad, selepas dimulakan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan memberi gambaran lebih ramai menteri daripada Umno akan meletakkan jawatan dalam tempoh 48 jam, sehingga hari ini. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram