Bung dipinggir dalam usaha BN Sabah baiki hubungan dengan Hajiji



BN nampaknya meminggirkan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dalam usaha untuk membaiki hubungan dengan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir mengumumkan bahawa Timbalan Pengerusi BN Sabah Yakub Khan akan menjadi penghubung gabungan itu dalam rundingan dengan kerajaan gabungan negeri.

Zambry juga mengumumkan bahawa BN telah memutuskan untuk menyokong kerajaan campuran Sabah yang diketuai oleh Hajiji.


“Pendirian ini sejajar dengan pendirian parti di peringkat persekutuan yang telah membentuk kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bulan lalu, Bung yang juga ketua Umno Sabah menarik balik sokongan BN kepada Hajiji dalam cubaan rampasan kuasa.

Bagaimanapun, usaha itu digagalkan apabila lima Adun Umno Sabah tidak mengikut jejak Bung dan terus menyokong Hajiji sebagai ketua menteri.

Ini menyebabkan Bung dan Yakub kehilangan jawatan mereka dalam kerajaan negeri dalam rombakan kabinet negeri.


Kenyataan Zambry dibuat sehari selepas MCA Sabah berkata ia juga akan terus menyokong Hajiji.

Ketua MCA Sabah Lu Yen Tung juga menjauhkan diri dengan usaha rampasan kuasa bulan lalu.

"Tidak pernah sekalipun MCA Sabah terlibat dalam sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Hajiji," katanya. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram